JANGAN MUDAH MARAH

 

image

Saja nak kongsi…..so jangan marah atau kecik hati

Marah?…..pernah tak anda marah? Semua orang pernah marah dan ada perasaan ingin marah..sifat marah boleh dikategorikan kepada:

  • Cepat marah dan cepat reda
  • Cepat marah dan lambat redah
  • Lambat marah tapi berdendam – bahaya ni…..Confused smile

Di manakah anda????Steaming madBaring teeth smileAnnoyedRolling on the floor laughing

Kenapa perlu marah ?….adakah perasaan marah itu melebihi kesabaran yang ada…Ingat setiap kesalahan dan kelemahan orang lain itu adalah ujian untuk kita…

 

Anda MARAH!!!!!..jika anda marah ada cara untuk mengatasinya….

Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

Kika kena ingat ingat akan kesan daripada sifat marah. Ia mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang kita marahi.

Cuba bayangkan rupa kita ketika sedang marah, mesti nampak buruk kan??? Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang. Bayangkanlah…..Flirt male

Apabila datang marah, banyakkan baca Ta’awwuz ( A’uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

Jangan lupa ambil wuduk ambil,kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.

 

Kita tidak suka tak dimarahi jika membuat kesilapan? Dah tentu tak suka kan…Begitu juga dengan orang lain. Kenapa tidak kita tegur dengan cara lembut…

Dan….

Jika kita marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah, jika duduk, bawalah bersandar. Insya Allah kemarahan akan reda. Bagaimana sekiranya kita marah dalam bersandar??dah tentu orang  itu akan betulkan duduknya dan berdiri…jika ini berlaku, dah tentu kemarahan tidak dapat dikawal….bayangkanlah…..

Satu lagi….

Kalau kita suka marah-marah tak tentu hal..dah tentu orang sekeliling akan ada perasaan yang sama..orang akan rasa benci dan tak suka nak tengok muka kita..itu kena ingat!!!!

Dan lagi..

Hati dan perasan manusia kena jaga..walaupun kita tau tak semua orang di sekeliling kita akan menjaga hati dan perasaan kita…Smile

 

PATIENCE IS MORE FITTING

image

Comments

Popular Posts