Dunia Blogger..apa yg aku rasa

Salam semua..dah lebih satu tahun aku terlibat dalam dunia blogger nih. Tak terasa hari dan masa itu berlalu. Macam semalam jer.

Dunia blogger,dulu tak pernah terfikir pun nak terlibat dalam dunia blogger ni. Aku tak kreatif apa lagi dalam penulisan. Penulisan aku biasa-biasa jer tak sekreatif orang lain. Tapi ntah macam mana aku boleh terlibat dalam dunia ni. Padahal aku tau kemampuan aku macam mana.  Mungkin disebabkan aku ingin mencuba. Tak salah kan untuk mencuba.

Banyak benda yang aku belajar bila aku mula melibatkan diri dalam dunia blogger ni. Pada peringkat awal aku tak aktif dalam update mengupdate blog entri sebab aku tak tau nak update apa. Satu lagi, banyak benda yang aku tak tau tentang dunia blogger. Kadang-kadang berbulan tak update. Sekarang pun aktif sikit-sikit jer. Tapi aku suka blogwalking, baca entri terutama entri tutorial dan entri yang menarik dan berinfomasi bagi aku. Dari situ aku boleh belajar. Disamping tu aku boleh kenal kawan-kawan baru.

Tak dinafikan trafik dan follower penting bagi blog, tapi bagi aku yg lebih penting adalah pembaca entri. Biarpun follower aku tak ramai, tapi rasa seronok bila ada orang yang baca entri yg aku post lepas tu tinggal jejak or komen.

Bila baca entri rakan-rakan blogger, bermacam-macam ragam. Ada cerita sedih, cerita gembira, ada yang berinfomasi dan tidak kurang dengan rasa tidak puas hati serta maki hamun. Hari ni jer aku terbaca entri yang boleh dikatogerikan rasa tidak puas hati. Seronok juga baca entri macam ni. Tak kisahlah apa kamu  nak tuliskan. Itu blog kamu & kamu ada hak nak tulis apa.

Aku mudah tertarik dengan blog yang bertemakan fotografi. Ada seni dan bagi aku seni itu indah. Aku juga tertarik dengan blog berkonsepkan masakan. Sebab aku suka memasak, walaupun tak sehebat Chef wan.

Apa-apa pun aku seronok dengan dunia blogger ni. Blog aku cara aku.

signature

Share on Google Plus

About Ija

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: