Korean Fried Chicken…


Salam semua..well ini adalah entri tertangguh.Hari ni nak share resepi Korean Fried Chicken, sesaje try masak resepi ni…Actually korean fried chicken memang famous kat Korea..ada banyak variasi & style,ada yang spicy, sweet,sweet sour dan macam-macam lagi..This is my style of Korean Fried Chicken aka KFC
korean fried chicken
Resepi ni saya perolehi setelah google2 kat internet(tapi dah di ubah suai sikit)..
Recipe Korean Fried Chicken..
Kepak ayam
Tepung jagung
Tepung gandum
Kicap cair
Kicap manis
Korean Chili paste (saya ganti dgn serbuk cili)
Bawang putih (tumbuk kasar)
Halia(tumbuk kasar)
Light Brown Sugar
Sesame seed
Garam
Minyak canola

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam, cuci dan toskan.
2. Masukkan kicap cair, kicap manis,bawang putih, halia, chili paste dan garam. Tahap masin dan manis bergantung pada lidah masing2..
3. Masukkan ayam yang telah dibersihkan tadi ke dalam step 2. Perap selama 30 minit – 1 jam.
4. Panaskan minyak.Campur tepung jagung dan tepung gandum. Masukan kepak ayam tadi ke dalam adunan tepung, gaul sebati dan goreng (deep fry).
5. Untuk sos,jangan buang bahan perap ayam. Masukan baki bahan perap tadi ke dalam periuk. Jika terlalu sedikit tambah bahan (tambah ikut cukup rasa). Tambahkan gula perang. Masak dengan api yang sederhana, biarkan mendidih.Bila sudah agak pekat dan bertali, tutup api.Masukkan sesame seed. celup ayam ke dalam sos.Biar sebati. Siap untuk dimakan.

Resepi diatas saya olah sikit dari resepi asal. Kebiasaanya saya memasak tanpa mengikut sukatan (Cukup rasa lidah jer). Kalau nak rasa sour, letak jus lemon or cuka. It taste perfect…
korean fried chicken2
Boleh ganti dengan drumstick or others part of chicken, tapi part kepak lebih sedap…
korean fried chicken3Agak pedas sikit sebab saya terlebih letak chili paste.
Selamat mencuba….

Comments

qlah said…
nak try la !
Kujie said…
try jgn tak try...kalau suka pedas buh cili paste byk2..best makan time tgk tv/movie..
Cik Isabell said…
nampak mcm sedap ! :)
Liza said…
salam kenal kujie...nmpk sedap ayam ni...Liza follow yer..
Kujie said…
Liza: salam kenal..ayam ni mmg sedap tau..

Popular Posts