myMetro | Elak ketagihan gula

salam blogger,hari ni terbaca kat harian metro online satu artikel yang berkaitan dengan gula...saya tahu kat luar sana ramai yang suka gula..suka makanan yang manis atau minuman yang manis-manis....kat  ini saya nak share cara mengurusan  ketagihan gula..

Antara cara yang boleh kita lakukan ialah:


    • Makan sedikit. Setiap kali anda berasa desakan untuk makanan manis, ambillah sedikit. Contohnya satu keping biskut atau coklat yang kecil saiznya, sekadar untuk rasa bagi menghilangkan keinginan. Namun pastikan ia diambil dalam kuantiti kecil.


    • Gabungkan makanan anda. Memang sukar untuk memuaskan keinginan dengan hanya satu keping kecil biskut atau coklat. Justeru, pakar mencadangkan supaya meng�gabungkan makanan anda idamkan dengan makanan sihat. Contohnya, coklat dengan buah-buahan atau bersama kekacang.


    • Berhenti terus. Ada orang tidak boleh menggunakan kaedah kekangan berperingkat. Bagi kumpulan ini, mereka boleh mencuba kaedah drastik dengan berhenti mengambil makanan manis secara mendadak.
    • Namun ia bukanlah mudah kerana desakan paling tinggi akan dialami dalam tempoh 49 hingga 72 jam, kata jurucakap Persatuan Dietetik Amerika, Dr Christine Gerbstadt. Ada orang mendapati kaedah ini akan menghilangkan keinginan terhadap makanan manis dalam masa beberapa hari tetapi ada juga berkata, keinginan itu masih ada tetapi boleh dikawal.


    • Kunyah gula-gula getah, lebih baik jika yang tidak mengandungi gula. Kaedah ini dikatakan dapat membantu menghilangkan keinginan kepada makanan manis. Malah ada kajian menunjukkan mengunyah gula-gula getah juga akan mengurangkan desakan untuk makan.


    • Makan buah-buahan. Bagi mereka yang ada masalah ketagih gula, pastikan anda membawa buah-buahan ke mana saja anda pergi. Anda juga boleh membawa kekacang dan buah-buahan kering untuk diambil apabila keinginan kepada gula muncul.


    • Bangun dan buat kerja lain. Apabila timbul keinginan untuk makan makanan manis, bangun dan tinggalkan tempat itu seketika. Alihkan perhatian anda dengan melakukan kerja atau aktiviti lain.
  • ini adalah sebahagian daripada kaedah untuk mengurusan ketagihan gula, untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah klik artikel myMetro | Elak ketagihan gula
    hope info ini berguna untuk semua....
    annyeong

    Comments

    Popular Posts