Mee Udang Sayur Sambal Tahai


Assalamualaikum,hari sabtu,langit kat luar biru sangat,cerah tapi tak windy macam semalam…My last entry maybe a couple week ago…ada banyak nak story tapi malas nak taip akhirnya story dibiarkan basi…lebih2 lagi mood holiday mendatang walaupun holidaynya lambat lagi..apa2 pun kita tayang gambar dinner malam tadi…
DSCN3533 DSCN3541 
DSCN3546 DSCN3548
Dinner malamsimple jer…just goreng mee kering cap udang , sayur goreng dan sambal tahai dan juga cili jeruk..Mula2 nak masak laksa sarawak…tapi disebabkan perut dah memanggil-manggil so masak menu yang mudah dan ringkas…Well sambal tahai tu masak hari sebelumnya ada baki simpan peti ais…mungkin ramai tak tahu tentang masakan ni…bahan utama adalah ikan tahai (ikan tamban yang di salai)…nak tahu lebih lanjut boleh google yer kawan2….
Nak masak sambal tahai mudah jer (boleh jer ikut resepi sambal ikan bilis)
1.Ikan tahai ditumbuk kasar dan buang tulang (boleh juga blend kering)
2.Panaskan minyak.Tumis bawang besar yang dihiris,bila dah wangi masukkan bawang merah dan bawang putih kisar,tumis hingga wangi.
3.Masukkan cili kering kisar dan sos cili. Masak hingga pecah minyak. Kalau nak pedas boleh masuk cili padi.
4. Masukkan ikan tahai tumbuk ( sebelum tu basahkan ikan tahai dengan air). Kacau sebati. Letak cili hijau dan perahan limau nipis atau lemon atau air asam jawa. Perasakan dgn garam.
5. Siap untuk dimakan.
DSCN3568
Ikan tahai
Untuk mee saya just tumis bawang merah dan bawang putih kisar, letak sikit kicap manis lepas tu letak sikit air dan sos ikan. Bila dah mendidih masukkan tepung jagung dan mee dan kacau hingga sebati. Untuk sayur saya guna Ceylon spinach dan bean sprout.just tumis bawang putih dgn sesame oil dan goreng sayur. Siap.

Comments

senang ke nak dapat ikan tamban ni?
Kujie said…
ikan tahai ni hanya ada kat area lawas dan limbang sarawak.pengeluar utama ikan tahai adlh lawas..kalau nak dptkn ikan ni kena berkunjung ke srwk or kirim dgn kawan2.=)

Popular Posts