Tanpa MSG Aku Tak Kisah

Assalamualaikum..그리구 안녕하세요,어떻게지내세요?…today not much activity yang dibuat..just lepak-lepak kat rumah..kemas-kemas rumah yang dah bersepah nih,walaupun takde budak2, rumah pun sepah jugak..so mari kita kemas mengemas….
well nak selit sikit…ni dinner semalam, tak teringin nak makan nasi so masak  yang simple ajer..tak lain tak bukan mee udon lagi…mee udon ni saya letak soft tofu..sebenarnya tak tau nak masak style apa,so bila tengok ada soft tofu kat fridge dapatle idea…
Nak masak mee ni mudah jer,ikut kreativiti masaing2 nak mengolahnya,letaklah apa2 bahan yang disukai..seperkara lagi, saya masak tak letak MSG…bercakap pasal MSG, rasanya dah dekat 4 tahun saya tak pernah letak MSG direct dalam masakan..semuanya bermula apabila exhousemate saya tak guna..so lama-kelamaan saya pun terbiasa tak letak MSG…ok gak masak tanpa MSG nih,kita boleh letak apa2 bahan bagi mengantikannya..it’s our creativity untuk menyedapkan makanan…
Bebalik kepada mee udon tadi….look at the picture…look yummy kan..rasanya lemak2 sikit sebab ada soft tofu…
DSCN3483
DSCN3482
**agak comot sikit sebab tak pandai nak decorate**
Bahan-bahannya:
Mee Udon
Isi ayam,udang or apa2 yang disukai
Bawang besar(hiris)
Bawang putih & merah (ditumbuk halus)
Vegetable (apa saja yang disukai
Soft tofu
Kicap manis
Kiub ayam , sos ikan, sos cili dan sos tomato
Cara sedianya:
  1. Mula2 tumis bawang besar, bila dan agak garing masukkan bawang tumbuk.Masak hingga wangi.
  2. Lepastu masukkan isi ayam. Bila ayam dah agak2 masak masukkan segala sos dan kicap manis serta kiub ayam. Then masukkan sof tofu. Soft tofu akan hancur bila kita kacau.Masukkan sikit air.Kacau sebentar.
  3. Bila soft tofu dan bahan2 lain dah sebati, masukkan segala sayur dan mee udon. Kacau lagi dan jika mau mee yang agak basah dan berkuah tambahlah sikit air.
  4. Ok dah siap…
Mcm yang saya kata tadi Mee ni tak letak MSG or garam so kalau rasa tawar pandai2 lah tambah situ sini yer.Bagi saya ok jer..sorilah kalau ada rasa ketawaran dalam masakan saya..sebab ada sesetengah orang cakap masak tanpa MSG masakan tak sedap.Apa2 pun tanggapan masing2 berbeza…
Lunch hari ni….tadaa…i always used the same pinggan..hehe.
DSCN3492 DSCN3491
Nasi mentega dan hati dan isi ikan yu masak sambal….resepinya next time because entry ni dah terlebih panjang….
안녕……
Share on Google Plus

About Ija

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

kak ina kl said...

tak pernah lagi buat masakan dari mee udon..nanti boleh mencubanya