KIMCHI STEW

Assalamualaikum...
Kali ni nak kongsi resepi  kimchi stew ataupun stew kimchi...mungkin ramai yang dah tau apa itu stew kimchi dan dah pernah masak stew kimchi. Kimchi Stew adalah masakan yang berasal dari korea yang mana bahan utamanya adalah kimchi. Kimchi boleh didapati dengan mudah dipasaraya utama or boleh buat sendiri di rumah. Saya biasa buat sendiri kimchi sebab kat tempat saya tak ada yang jual kimchi. Lagipun cara buat kimchi sangat mudah. Boleh tengkok resepi di laman Maangchi.Yang penting guna buah pear korea (korea pear) untuk bagi rasa manis semulajadi dan juga serbuk cili korea yang dikenali sebagai gochukaru . Rasanya berbeza bila menggunakan gochukaru. Saya beli online kat fb faiza.amer.halal.korean.kitchen.Berbalik kepada resepi kimchi stew, cara masaknya simple je. Saya suka kimchi stew yang ditambah ramen (tanpa perencah) atau mee. Makan tanpa nasi pun dah kenyang. Baru semalam masak kimchi stew,menaip entri ni terliur pula...adehhh..:)

KIMCHI STEW / STEW KIMCHI / 김치찌개

Bahan2:
Kimchi
Jus kimchi
isi ayam / daging
bawang putih
Gochukaru (kalau nak pedas)
Gochujang (korean chili paste)
tofu
cendawan (ikut selera masing2)
minyak
Air
remen / mee ( ni pun ikut selera tukang masak)
Garam

Cara memasaknya:
Tumis bawang putih hingga wangi dan masukkan kimchi. Tumis hingga wangi dan kimchi lembut. Kemudian masukkan isi ayam/daging dan seterusnya jus kimchi serta air. Biar mendidih dan letak gochujang dan gochukaru (saya tak letak). Masukkan tofu,cendawan dan ramen. Biar mendidih dan pekat. Perisakan dengan garam. Tahap kemasinan terpulang kepada tukng masak.

p/s: apapun bahan nak letak dalam stew dan berapa banyak nak letak terpulang kepada tukang masaknya. Selamat mencuba
Kimchi Stew
Share on Google Plus

About Ija

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments: