Wednesday, 22 June 2011
Thursday, 16 June 2011
musicbrilliant.com: Warna melambangkan Personaliti anda
Anak Anjing Disidai Seperti Pakaian....
Bila baca artikel ni kat Kosmo...kesian ngan anak anjing tu dan rasa marah kat orang yang buat anak anjing macam tu..walaupun ianya seekor anak anjing....ianya makhluk tuhan juga...boleh baca kat SINI
Tuesday, 14 June 2011
MAD :PREP YOUR CAR!
Sometimes, accidents happen. It's just your luck.
However, you could minimise the damage to your car and to yourself by tinting - avoid the glass shattering. Also, it keeps the UVs away from your skin!
So tint up!
Keep the UVs away from your skin! #Fujicool tint up! #MilkADeal
Sunday, 12 June 2011
Cik Mar Giveaway
Salam hujung minggu..ha..hari ni mood nak join giveaway…kali ni giveaway daripada Cik Mar..senang jer tau nak join, detail blh gi kat sini yer Cik Mar
Friday, 10 June 2011
43 PERKARA UNTUK DIRENUNGKAN
Mungkin ini entri last untuk hari ni….entri ni dishare oleh member kat dalam facebook….so kat sini saya nak kongsi dengan kawan2 blogger pulak….…ada 43 perkara untuk direnungkan…
1. Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.
2. Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.
3. Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung.
4. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.
5. Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.
6. Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka
7. Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.
8. Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.
9. Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.
10. Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.
11. Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.
12. Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.
13. Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
14. Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.
15. Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.
16. Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.
17. Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.
18. Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.
19. Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.
20. Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
21. Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.
22. Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.
23. Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.
24. Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.
25. Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.
26. Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.
27. Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.
28. Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.
29. Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.
30. Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.
31. Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.
32. Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.
33. Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.
34. Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.
35. Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang
36. Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
37. Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.
38. Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.
39. Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.
40. Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.
41. Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.
42. Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.
43. Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.
Fiction?
Ni maybe bukan lagu baru…tapi sebelum ni tak pernah dengar habis…petang tadi ntah macam mana boleh tertengok Music Bank kat KBSWorld, biasanya tak sempat nak tengok. Bila dengar habis, boleh tahan jugak lagu nih..So, tak hairanlah lagu ni dapat no.1 carta Music Bank. Masa tengah buat entry ni, saya tengok Dream Concert kat KBSWorld & group ni nyanyi lagu Fiction live…..ELF kat luar sana mesti tengah tengok program ni kan…sebab MC nya Kim Hee Chul…dan juga Song Jung Ki dan Gu Hara..
Thursday, 9 June 2011
Pay Now, Play Later ; Play Now, Pay Later
Time to vote for The Cutest Thing! Which is your favourite?
Churpie wants to thank you cuties out there for the overwhelming response for The Cutest Thing contest!
What's next? The voting, of course! You get to choose who shall be crown The Cutest Thing!
So what are you waiting for? Hurry start voting & get your friends to do the same too!
Share these awesome possum news today! Voting ends on Monday, June 13 2011.
Wednesday, 8 June 2011
Great Teacher Abe: Nora Elena TV3 Mediafire Links
ILMU DISEBALIK NO 1-10
ANGKA 1
Istiqamah itu SATU jalan.Awalnya kemulian, pertengahannya keselamatan, dan akhirnya adalah syurga yang menanti.
ANGKA 2
DUA titisan yang sangat bernilai di hari akhirat yang dapat memadamkan kepanasan api di padang mahsyar :
1)Air mata orang yang menangis {bertaubat kepada Allah}terutama di malam hari.
2)Darah para syuhada di medan jihad fisabilillah.
ANGKA 3
TIGA perkara yang menjadi kesukaan dan kebahagian hidup Rasulullah SAW:
1)Bau-bauan yang harum/wangi
2)Isteri yang solehah
3)Solat
ANGKA 4
Berkata Saiyidina Ali karamallahu wajhah: Barangsiapa yang di berikan kepadanya EMPAT perkara, sesungguhnya dia telah diberi kebaikan dunia dan akhirat:
1)Sifat warak yang memeliharanya daripada apa yang di haramkan oleh Allah.
2)Dia hidup bersama masyarakat dengan akhlak yang penyantun.
3)Malu yang menegahnya dari kejahilan org2 jahil.
4)Juga isteri solehah yang membantunya dalam urusan dunia dan akhirat.
ANGKA 5
Berkata seorang soleh : Ubat bagi hati itu ada pada LIMA perkara:
1)Membaca al-quran dengan tadabbur{ulang2}
2)Kosong perut.
3)Melakukan qiamullail.
4)Memohon ampun di waktu sahur.
5)Mendampingi orang2 soleh {ulamak}
ANGKA 6
ENAM cara menghindarkan dari iblis:
1)Bertaqwa kepada allah di mana sahaja.
2)Selalu meminta pertolongan daripada Allah.
3)Selalu berzikir dan berwirid.
4)Memperbaharui taubat.
5)Memperbanyakkan istighfar
6)Selalu meningkatkan dan memperkemaskan ibadah di samping asasnya ilmu yang bermanafaat.
ANGKA 7
TUJUH anak-anak rasulullah SAW:
1)Qasim
2)Abdullah
3)Ibrahim
4)Zainab
5)Ruqaiyah
6)Fatimah
7)Umi kalsum
ANGKA 8
LAPAN senjata utama perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya :
1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mengugut bahawa ia akan lari.
ANGKA 9
Bila taqwa tidak ada,maka para ulama akan di kuasai oleh SEMBILAN nafsu-nafsu berikut :
1)Sombong atau ego
2)Ujub dan riak
3)Hasad dengki
4)Susah untuk menerima kebenaran dari orang lain
5)Suka berdebat terutama sesama ulama
6)Gunakan ilmu sebagai alat untuk kepentingan dunia, pangkat, dan wang ringgit
7)Pemarah
8)Ingin dihormati {gila puji}
9)Kalau mampu akan hidup bermewah- mewah.
ANGKA 10
Ada SEPULUH macam orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput di dalam kubur dan mereka akan bangun ke padang mahsyar dengan tubuh yang asal dari kubur:
1)Para nabi dan rasul
2)Para ahli jihad{mujahid}
3)Para ahli ulama
4)Para syuhada
5)Huffazul quran
6)Imam atau pemimpin yang adil
7)Muazzin
8)Wanita yang mati kerana kelahiran{beranak}
9)Orang yang mati dI bunuh atau dianiaya
10)Orang yang mati pada siang atau d malam jumaat.
Source : http://www.facebook.com
Saturday, 4 June 2011
Yang Buat Aku Tertarik..
..Selepas Nur Kasih, aku tertarik dengan Nora Elena…sesuatu yang jarang2 berlaku….
dan terbaru Kitab Cinta…