Tuesday, 25 September 2012

Bukan Kare Pan

Assalamualaikum and annyeonghaseyo...

Minggu lepas dengan tak sengaja terbaca berkenaan dengan kare pan di blog Izah Muffin Lover...meleleh air liur tengok gambar yang diupload. Dan dengan semangat yang berkobar-kobar terus merajinkan diri untuk membuat kare pan dipagi sabtu..Sebelum tu terima kasih kepada tuan punya resepi.

Tapi saya derhaka sikit, tak ikut resepi, bersesuaian dengan tajuk entri 'Bukan Kare Pan'. Sebabnya, inti kari diganti dengan inti durian. Ni gara-gara malas nak buat inti kari dan disebabkan adanya stok isi durian kat dalam freeze. Yang pasti sedap. Kalau nak resepi boleh  gi kat web Izah Muffin Lover...thanks for the recipe..

Jom layan gambar


Sebelum digoreng


 Size tak sama



Durian filling

Lepas ni nak try inti kari...baru boleh banding mana lebih sedap...ok bye annyeong..

Thursday, 20 September 2012

Pistachio Cheesecake With Avocado

assalamualaikum...tak nak tulis banyak just nak tayang gambar cheesecake yang di bake last week..resepi asal banana cheesecake tapi tukar banana dengan pistachio dan avocado. sedap tau. Malas nak letak resepi. Kalau ada permintaan saya letak k...

   tanpa pewarna tiruan....

nampak tak isi avocado???

Thursday, 6 September 2012

8th GiveAway (GA) - Umiyumi2

assalamualaikum....selamat pagi morning all....pagi ni terbaca entry kat blog umiyumi2, ada giveaway. Rasanya lama dah tak join mana2 giveaway. mana tau kali ni bernasib baik...syarat-syaratnya mudah jer,boleh tengok kat sini

ni lah hadiahnya...

GA ni tamat pada 25 September 2012..masih sempat nak join...  Jom join ramai....


Wednesday, 5 September 2012

Bila Rasa Ini..

Assalamualaikum...annyeonghaseyo chingu..salam merdeka raya,syawal bakal berlalu, tetapi suasasana raya masih terasa..

Me dah tukar template baru. still mengekalkan warna putih, simple jer.tak letak banyak benda, kalau boleh nak meminimakan aplikasi...idea utk header baru tak sampai2 lagi...

Mood hari ni ok2 ajer,huhuhu.why??sebab sejak pagi tadi badan macam masuk angin, rasa tak sedap badan, mungkin gastrik or bolehjadi tanda2 nak migraine...

Me still meminati drama korea and now watching  Heaundae Lover kat KBS World. Drama ni agak menarik minat saya untuk menonton, romantik komedi drama..mungkin ada yang tak suka, tapi saya suka..i can improve my korean language...



Drama Adam & Hawa pun agak menarik juga. Seperti biasa cerita adaptasi novel. Ditayangkan kat Astro Mustika HD. Rasanya tak semua dapat menonton drama ni. Tapi minggu ni satu episode pun tak tengok, mata mengantuk, tak larat nak tunggu. Habis Heaundae Lover terus tido.

Me agak sibuk, hias opis sempena hari merdeka yg lepas. My office join pertandingan..so everyone menghis opis dengan sakannya...pacak bendera banyak2...sana sini ada bendera..yang penting meriah..ditambah lagi dengan sesi painting ..And next week join perbarisan...berkawat kiri kanan kiri,buat ala kadar jer.

i dont think i akan masak malam ni..so disebabkan tadi dah terbeli bread i think i akan makan bread ajer..yang penting kenyang. Tiba-tiba teringat Korean sweet and spicy chicken wing. Pedas tapi sedap

Me dah lama tak blogwalking, rasanya kena tambah kerajinan untuk blogwalking. Macam lama dah menaip, berhanti dulu sebelum terlebih page..

Salam, annyeong...